PESANAN DARIPADA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN BERHUBUNG PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM MASYARAKAT

“Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. (Al-Maidah: 90)

Dalam ayat ini perkara pertama yang diharamkan adalah masalah khamar atau arak atau juga dengan makna dadah kerana ia merupakan hal yang merosakan pemikiran dan akal seseorang. Sedangkan maqasid kita untuk hifzh al-‘aql adalah untuk menjaga akal dan menjaga diri seseorang. Bahana dan kesan daripada dadah teramat banyak antaranya merosakkan jiwa, merosakkan kekeluargaan, merosakkan diri seseorang seolah-olah mereka mencampakkan diri mereka kearah kebinasaan. Benarlah firman Allah S.W.T

"Dan jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan".
(Al-Baqarah: 195)

Oleh itu, marilah kita sama-sama kita menghindarkan diri kita, anak kita, keluarga kita, generasi yang akan datang daripada terjebak dengan kancah penagihan dadah kerana ianya membawa kepada kebinasaan dan tanpanya membawa keselamatan dan kesejahteraan dalam kehidupan.

Mufti Wilayah Persekutuan