Penubuhan Lembaga Pembangunan Mineral Malaysia sedang dikaji - Dr Xavier

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang mengkaji penubuhan Lembaga Pembangunan Mineral Malaysia untuk membangunkan sumber mineral sebagai salah satu sumber ekonomi baharu kepada negara, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menterinya, Dr Xavier Jayakumar berkata lembaga itu akan berperanan memacu pembangunan dan tadbir urus industri mineral secara khusus dan holistik termasuk kawal selia industri tersebut.

“Kementerian percaya dengan penubuhan lembaga ini, sumber asli negara dapat dibangunkan pada tahap yang lebih baik serta menjana sumber ekonomi baru negara,” katanya.

BERNAMA