Pengambilalihan empat lebuh raya tidak libatkan perbelanjaan kerajaan - Lim

Pengambilalihan empat lebuh raya di Lembah Klang dengan kos RM6.2 bilion tidak melibatkan sebarang perbelanjaan kerajaan kerana dibiayai dengan penerbitan bon, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng juga berkata kutipan caj kesesakan yang dicadangkan adalah mencukupi untuk membayar balik hutang bon berkenaan serta menampung kos operasi dan penyenggaraan lebuh raya tanpa memerlukan peruntukan kementerian.

Empat lebuh raya itu katanya ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) serta Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART).

BERNAMA