Kenduri Arwah & Jamuan...

Bila disebut kenduri arwah, janganlah sempitkan pengertian tentang jamuan di rumah si mati pada hari kematian semata-mata..... Saya tak pandang yang itu.

Dibacakan hadis pada hari kematian Ja'far bin Abi Thalib di mana Nabi SAW menyuruh sediakan makanan untuk keluarga Ja'far yang ditimpa musibah.... Hadis itu sahih, tapi menggunakan hadis itu sebagai dalil untuk mengharamkan kenduri arwah yang diamalkan dalam masyarakat melayu pada bila-bila masa selepas kematian, walau dah 15 tahun meninggal dunia; rasanya tak kena.

Bukan saya menghalalkan kenduri arwah, dan bukan saya mempertikaikan kesahihan hadis itu... Kenduri arwah dan majlis tahlil yang diadakan di rumah keluarga si mati, atau sediakan makanan dihantar ke masjid atau surau setiap malam Jumaat kerana ada bacaan Yasin berjemaah disusuli dengan bacaan tahlil, zikir dan dibaca ayat-ayat Qur'an yang tertentu, yang sengaja disusun khusus untuk sedekahkan kepada orang yang dah mati, itu bid'ah, hukumnya haram.

Ada pun hadis tentang kematian Ja'far itu hanya terpakai untuk jamuan yang disediakan oleh keluarga si mati di rumah si mati pada hari kematian sahaja.

Itu pun kurang tepat.... Pada hari Nabi SAW mendapat berita tentang kematan Ja'far bin Abu-Thalib, mayat Ja'far tak ada di rumah.... Ja'far mati di Busra, gugur di medan perang Mu'tah, di sempadan Jordan nun, beribu kilometer dari Madinah... Ja'far gugur bersama Zaid bin Haritsah, Abdullah bin Rawahah, dan lain-lain tentera pasukan Islam.... Jumlah tentera Islam yang gugur dalam Perang Mu'tah ialah seramai 12 orang.

Dalam Sahih Bukhari ada diceritakan, apabila mendapat khabar berita tentang keadaan pertempuran di Mu'tah, Nabi SAW bersabda kepada orang-orang Madinah : "Zaid mengambil bendera lalu dia gugur. Kemudian Ja'far yang mengambilnya dan dia pun gugur. Kemudian Ibnu Rawahah yang mengambilnya dan dia pun gugur." Kemudian baginda menitiskan air mata, lalu bersabda lagi : "Akhirnya salah satu dari pedang-pedang Allah  (Khalid bin Al-Walid) mengambil bendera itu, dan akhirnya Allah memberikan kemenangan kepada mereka."

Begitu suasana di Madinah apabila diberitahu tentang kematian 3 orang komandan dan 9 orang tentera pasukan Islam di medan Perang Mu'tah.

Kenapa ada hadis yang khusus tentang penyediaan makanan kepada keluarga Ja'far sahaja...? Kerana di antara sekelian sahabat yang semuanya istimewa pada nabi, Ja'far bin Abi-Thalib lebih istimewa kerana dia adalah sepupu nabi, wajah dan bentuk tubuhnya paling mirip dengan Nabi Muhammad SAW, Ja'far termasuk di kalangan as-sabiqun al-awwalun 30 orang yang paling awal masuk Islam, Ja'far memimpin kaum muslimin hijrah ke Habsyah di zaman awal Islam, dan Ja'far memimpin rombongan terakhir muhajirin Habsyah yang kembali ke Madinah, dan rombongan Ja'far yang turut ada bersamanya ketika itu ialah Abu-Musa Asya'ari, bertemu dengan Nabi SAW dan para sahabat nabi yang lain di Khaibar, selepas tentera Islam berjaya menakluki benteng Khaibar dan Fedak..... Nabi SAW memeluk Ja'far seraya berkata : "Aku sangat gembira hari ini. Aku tidak tahu kenapa aku gembira, adakah kerana penaklukan benteng Khaibar, atau kerana kedatangan Ja'far."

Kenapa Nabi SAW suruh sediakan makanan kepada keluarga Ja'far...? Kerana di rumah Ja'far ketika itu ada isterinya Asma' binti Umais yang menjadi janda dan putera-puteranya termasuk Abdullah bin Ja'far, Muhammad bin Ja'far, Awn bin Ja'far yang menjadi yatim.....

Oleh itu, hadis yang menyebut suruh sediakan makanan kepada keluarga Ja'far itu, tidak kena kalau nak dijadikan dalil melarang mengadakan jamuan di rumah si mati ketika mayat masih belum dikebumikan, sebab mayat Ja'far tidak ada di rumah.... Habis tu, apa hukum jamuan di rumah si mati pada hari kematian..? Perbuatan itu adalah bid'ah, hukumnya tetap haram.... Kenapa bid'ah...? Sebab Nabi SAW dan para sahabat tak buat, itu saja.

Agama ni mudah je, maka janganlah disusah-susahkan akan ia....