Jangan masuk Perangkap

Secara peribadi, andai betul pun video seks itu tulen.. sebagai seorang muslim, Kita tak boleh buat tuduhan kepada muslim yang lain.. Kita boleh meletakkan sangkaan baik mungkin video itu tulen, tetapi dilakon orang lain...cukup penafian tuan punya badan, itu prinsip agama..Prinsip Islam..

Sepatutnya sebagai seorang pemimpin yang faham agama, Anwar kena Faham semua ini..jangan dipengaruhi pendokong dan penasihat disekelilingnya dikalangan orang Jahil dan Gelojoh.. Belajar dari kesilapan lalu.. Jangan masuk Perangkap..

Bagaimana kalau selepas ini ada pula yang keluar video Ds Anwar, Maka pemimpin lain membuat konsklusi yang sama, Anwar tak layak jadi PM.. masa tu orang tak peduli video itu tulen atau tidak..agaknya masa tu baru merasakan diri diperangkap.. teraniaya.. mereka sedang merencana memerangkap semua pemimpin..

Alhamdulillah pemimpin Amanah dan DAP bijak menghadapi krisis ini.. mereka tak masuk perangkap..tetapi budak PKR perangai macam budak2.. patutlah Tok Guru Nik Aziz pernah kata, PKR ni lagak macam budak manja..

Aku lebih suka pendirian Rafizi, Dia berkeculi dari awal tidak mahu terlibat, dan tegas mengatakan dia takda kena mengena dengan semua perkara jijik ini..

Memang benar Anwar hanya respon kepada media.. Anwar tidak menuduh Azmin, Anwar hanya menyatakan situasi jika ianya benar.. hakikatnya Media dan musuh hanya menunggu masa dan ketika, mereka menunggu detik terbaik memecahkan PKR dan matlamat akhirnya meruntuhkan Kerajaan PH..

Tidak rugi kita bersabar.. Kita boleh bertentang dan bertempur dengan Azmin, Tetapi terhadap isu yang betul..Bukan melibat Isu dan aib Peribadi.. ini prinsip Islam.. menyentuh hal peribadi Muslim lain perkara dilarang dalam Agama, apalagi melibat tuduhan Seks(Zina)..

Yang aku pelik.. Masa isu MB Selangor dulu..Azmin bertindak sendirian , melalui pintu belakang menamakan peganti dia tanpa mendapat konsensus komponen PH.. mengapa tidak lawan betul2 masa tu ? Kenapa tidak serang Azmin pada waktu dan isu yang Tepat.. masa tu aku pernah cadangkan Anwar bertanding dalam PRK di Selangor untuk gantikan MB hari ini.. itu langkah yg tepat untuk singkirkan pengaruh Azmin..

Terus terang aku katakan, Azmin memang jahat dan Licik..itu semua orang tahu.. cukuplah Ds Anwar mendiamkan diri, Azmin akan berkubur dengan sendirinya..Azmin tidak punya asas yang kukuh biar pun duduk dalam kedudukan utama dalam Negara..Dari sudut Politik sebenarnya Azmin seorang yang gagal.. tidak punya pengaruh..Azmin akan gagal biarpun dengan bantuan PAS dan UMNO..dia hanya berangan angan untuk lakukan gerak kerja sepertimana Langkah Kajang dulu..

Sebenarnya dalam PH semua tahu perangai Azmin..Azmin hari ini tercari cari sokongan..bagaikan anak hilang kasih sayang.. Bukan sekali dia Khianat dalam diam, masa mula mula videoseks itu keluar, Syed Saddiq memuji Azmin kerana berjasa menangkan PH di Putrajaya, AkhirnyaDr Rais Hussin dari parti Bersatu membetulkan fakta Syed Saddiq, Dr Rais kata Azmin tidak pernah cenderung dengan PH, Dia lebih cenderung dengan Pakatan Rakyat.. Bersama dengan PAS..

Itu memang Hakikat..Ketika kita menubuhkan Pakatan Harapan.. Azmin masih berunding dalam senyap dengan dengan PAS..masih mengharapkan PAS.. Ketika semua pimpinan bersetuju calonkan Tun Mahathir Sebagai PM.. yang paling kuat menentang adalah Zuraidah..orang kuat Azmin.. Bukan depa tak setuju dengan Tun, Kalau boleh nak gagalkan PH ke Putrajaya.. depa ni kelompok Opprtunis..

Nasib lah pemimpin PH ketika itu tidak mempedulikan puak puak ni.. Tiba tiba hari ini.. berlakon hari hari memuji Tun Mahathir.. macam anak hilang kasih sayang mengharapkan Perhatian, Jangan nanti gila macam Nik Abduh cukup lah.. Nik Abduh Gila sebab tak dapat kasih sayang dari ayah dia..

Ipoh Mali