Inkues Adib Tamat..

Tadi baca berita Sinar Harian, Kononnya tok sedara Adib kesal bila Kes Adib ditutup.. kononnya depa akan terus perjuangkan kes Adib.. Mcm mana Tok Sedara dia boleh percaya benda bodoh mcm ni..Dipergunakan Budak2 buat Demo, takpe lah Tok sedara dia tak berapa cerdik.. Tengok ada Ustaz dan ada pemimpin PAS komen yg sama..

Macam macam depa kata, hat komen dikalangan walaun jangan kata lah.. lagi teruk.. depa kata " Kematian Adib tanpa Pembelaan, Kita akan tuntut bela.. Peguam Negara Laknatullah.. celaka lah Kerajaan PH tutup kes Adib, Walhal depa ni , Puak Khawarij jenis kerja baca Tajuk.. Bukan reti apa pun.. depa bukan ikutpun prosiding Inkues..Depa kata kes dah Ditutup..

hat Berita pun satu, Letak tajuk Inkues Adib ditutup.. Mamat mamat tak berapa cerdik ingat kes Tutup.. Maksud Inkues Adib ditutup.. Segala Prosiding kes Adib dah tamat , semua keterangan saksi dah selesai.. takda lagi saksi baru dikemukakan..Jadi Mahkamah(Inkues) akan tunggu hujjahan bertulis.. baru dia akan buat keputusan dan kesimpulan..bukan tutup kes..

Sebenarnya Kes Adib dah lama dah patut tutup..Semua Pakar yg terlibat dalam bedah siasat dan Forensik dah selesai bagi keterangan, Tapi Minah Syazlin Mansor yg mana suami dia jadi SU Akhbar Zuraidah, depa tak puas hati dengan saksi Pakar dalam Inkues, minah bawa saksi baru..buat Kecoh kata Inkues tak adil..padahal semua saksi dah beri keterangan...

Sebelum ni, Syazlin Mansor tuduh Inkues, Peguam negara Halang depa kemukakan Saksi.. padehal fitnah jer..Bila Peguam Negara bagi peluang kemukakan saksi.. depa hanya bawa keterangan saksi lama yg depa Upah Prof Shahrom dan Rakan Universiti dia pakar Fizik dan Kejuruteraan UITM Dr Amir.. Ingatkan depa dapat lah bawa ramai saksi buktikan Adib dipukul..Bukti Video ker..gambar ker..Saksi tempat kejadian ker..Malangnya takda... Sembang jer..saja nak buat isu..

Prof Shahrom yang diupah Syazlin mansor pun hanya mengulang keterangan lama,Memperlekehkan Dapatan Dr Pakal HKL Dr hafizam, Takda apa pun..cuma Dr Sharom pertikai hasil perubatan kononnya Dr Hafizam tak buat pemeriksaaan menyeluruh, Kononnya Pakar HKL tidak periksa kesan lebam bawah lapisan kulit.. maknanya depa akui lah, takda kesan lebam, kesan dipukul diluar badan Adib.. awat hangpa tak korek jer Kubur Adib tu balik cari kesan luka..

Bagi Saksi Pakar Kejuruteraan UITM pulak, hanya mampu mempertikaikan Teori Daya dan kesan hentakan daun pintu EMRS bagi Membenarkan Teori yang Pintu EMRS ditendang Perusuh.. Bagi aku ini hujjah Bodoh, hanya watak superhero mcm Batman dan Superman jer dapat menendang Pintu EMRS, sampai boleh sebabkan kecederaan yg dalam kepada Adib.. Sedangkan, Rakan Adib yg memandu disebelah pun tak dapat sahkan Adib ditarik..

Depa tahu dari hasil laporan perubatan, kesan luka yang dalam tu akibat kesan hentakan, Impak Kemalangan, cuma depa nak cari jalan..mcm mana nak buat teori, nak kaitkan kesan pintu EMRS itu bukan dari Kemalangan, tapi dari kesan tendangan dan hentakan Perusuh..

Bagi aku Mudah jer..Laporan Impak, Daya, kesan Tendang tak dapat dibuktikan, Jelas dari seluruh hasil laporan Perubatan, Dari Pakar Subang Medical yang mula mula merawat Adib, Sampai Pakar HKL , IJN konsisten kesan kecederaan Adib dari impak Kemalangan...takda kesan pukul..

Sudah Sudah Lah tu Menghasut... Adib tu Mati sebab kena Langgar.. Tak payah lah menghasut, peguam Negara dan bagi Peluang, Kenapa lepaskan peluang bawa saksi buktikan Adib ditendang..Dibelasah .. takat nak bawa saksi perlekeh metodologi Dr Pakar HKL, baik tak payah.. Pakar HKL sendiri dah akui dia bukan pakar Fizik, dia hanya membuat beberapa kesimpulan dari kecederaan Adib.. sebenarnya Peguam Adib Takda bukti kuat pun sebenarnya..

Lepas gagal buktikan Adib Dipukul..dok hasut Bapak Adib, buat prosiding jenayah kepada Peguam Negara pulak..apa kena mengena dengan Peguam Negara.. sepatutnya bimbing lah Ayah dia Redha dengan Ketentuan Allah..

apa yang hangpa tak puas hati lagi..Syazlin Mansor ,geng geng Ashabiyah,ISMA, UMNO dan PAS hanya nak main kan, sebarkan Kebencian Kaum dan Agama.. itu jer sebenarnya niat depa.. :)

Ipohmali