Alahai PAS

Kes perbicaraan di mahkamah tinggi yang sudah dijatuhkan hukuman, semua yang dihukum oleh merayu di mahkamah rayuan untuk semak balik penghakiman.... Banyak kes yang mahkamah rayuan batalkan keputusan mahkamah tinggi, dan banyak juga kes mahkamah rayuan kekalkan keputusan mahkamah tinggi.... Itu pun, kalau mahkamah rayuan pun menolak, boleh lagi merayu ke mahkamah persekutuan.

Dan, bukan orang yang dihukum saja boleh merayu, tetapi kalau mahkamah tinggi membebaskan tertuduh, pihak pendakwa juga boleh merayu ke mahkamah rayuan untuk semak balik penghakiman mahkamah tinggi... Itu yang berlaku dalam kes Anwar.

Dan, bila sudah dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah tinggi, dan tertuduh membuat rayuan di mahkamah rayuan, maka perlaksanaan hukuman penjara terhadapnya ditangguhkan sehingga pendengaran rayuan itu selesai.... Memang itu prosedur mahkamah sejak dari zaman British dulu lagi.

Tak perlu jadi lawyer pun untuk nak faham benda ni.... Dan, kalau jadi lawyer pun tapi masuk PAS, pun tak akan faham jugak.... Ada ka patut, Wanji buat rayuan, orang PAS kata ada tangan-tangan ghaib yang campur tangan... Bengong.

Abe Awam