Penerima sumbangan terkejut tangan dicium isteri Menteri


Terkejut... Itulah yang dapat digambarkan dalam majlis penyampaian sumbangan kepada fakir miskin di Parit Buntar sabtu lepas apabila Datin Seri Zuraida Hussin, isteri kepada Menteri Agama mencium setiap tangan penerima sumbangan dari kalangan warga emas. Datin Seri Zuraida atau lebih mesra dikenali Ustazah Zuraida dilihat begitu merendah diri walaupun dirinya merupakan antara VIP yang hadir dan menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin.

Beliau bukanlah seorang ahli politik yang ingin berlagak baik, tetapi merupakan bekas seorang warga pendidik yang sentiasa mengajar masyarakat tentang adab dan sopan kepada orang yang lebih tua. Syabas Datin Seri, teruskan dengan akhlak yang terpuji walau sudah menjadi isteri kepada pemimpin negara.