Mujahid : SPV Tabung Haji Diurus Oleh Pakar


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof hari ini memberitahu kepada Dewan Rakyat bahawa Ahli Lembaga Pengarah Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang telah dilantik adalah terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Kewangan (MoF).

Beliau menegaskan kesemua mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam bidang kewangan dan yang berkaitan.

Mujahid menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Awang Bin Hashim (Pas - Pendang) yang meminta dinyatakan senarai nama Ahli Lembaga Pengarah SPV dan nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).

"Ahli Lembaga Pengarah tersebut adalah Datuk Ahmad Badri Bin Mohd Zahir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan sebagai Pengerusi UJSB; Datin Rashidah Mohd Sies, Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan; Dato' Mohd Shukri Bin Hussin.

"Pengarah Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd; Encik Mohd Hassan Ahmad, Timbalan Setiausaha Fiskal Dan Ekonomi dan Encik Imri Dolhadi Ab. Wahab, Ketua Seksyen Bahagian Fiskal Dan Ekonomi " katanya.

Mujahid juga menjelaskan bahawa masa ini, UJSB tidak mempunyai pihak pengurusan, mahupun Ketua Pegawai Eksekutif kerana ianya adalah model SPV. SPV biasanya tiada Ketua Pegawai Eksekutif.

Justeru katanya, kesemua urusan dalam memastikan kelansungan aset pada ketika ini dilaksanakan melalui salah satu syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) atau Mof Inc, iaitu Prokhas Sdn Bhd.Mujahid juga menjelaskan bahawa untuk masa ini, UJSB tidak mempunyai pihak pengurusan, mahupun Ketua Pegawai Eksekutif.

Mujahid juga menjelaskan bahawa untuk masa ini, UJSB tidak mempunyai pihak pengurusan, mahupun Ketua Pegawai Eksekutif dan semua keputusan akan dibuat oleh Lembaga Pengarah UJSB. Dalam memastikan kelangsungan aset, terutamanya hartanah, pengurusan pada ketika ini dilaksanakan oleh Prokhas Sdn Bhd., sebuah entiti milik Kerajaan, yang turut menguruskan SPV milik kerajaan yang lain seperti Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP), Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) dan DanaInfra Nasional Berhad.

Katanya, semua keputusan akan dibuat oleh Lembaga Pengarah UJSB dalam memastikan kelansungan aset, terutamanya hartanah, pengurusan pada ketika ini dilaksanakan oleh Prokhas Sdn Bhd, sebuah entiti milik Kerajaan, yang turut menguruskan SPV milik kerajaan yang lain seperti Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP), Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) dan DanaInfra Nasional Berhad.