Lulusan UEC Perlu Kepujian Bahasa Melayu SPM Untuk Duduki CLP


Lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang ingin menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) perlu lulus dengan kepujian dalam lima subjek wajib termasuk Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata bagaimanapun beliau tidak mengetahui empat lagi subjek yang lain memandangkan ia diputuskan oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia (LPQB).