Kes Najib Tangguh : Peguam Najib Cedera Sebab Anjing


Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini bersetuju untuk menyambung perbicaraan kes rayuan bekas Perdana Menteri Najib Razak berkenaan SRC International Sdn Bhd sehingga Jumaat ini.
Ini susulan peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah memohon penangguhan atas alasan kecederaan di tangannya.
"Anjing melompat ke atas saya," kata Shafee kepada panel tiga anggota yang terdiri daripada Zabariah Mohd Yusof, Lau Bee Lan dan Rhodzariah Bujang.
Katanya, beliau dalam kesakitan memerlukan rawatan perubatan pada kadar segera.
Peguam Negara, Tommy Thomas, yang bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes tersebut, berkata walaupun beliau bersimpati tetapi pihak pendakwaan tidak menyokong perbicaraan ditangguhkan lebih lanjut.
"Seluruh negara, semua orang, mahu perbicaraan bermula esok jika boleh.
"Terdapat tekanan terhadap pasukan pendakwa, sebenarnya tekanan global ke atas kami untuk memulakan perbicaraan.
"Saya faham peguam bela ada masalah, tetapi di sisi lain kami di bawah pengawasan mengapa perbicaraan ini tidak bermula," katanya.
Oleh itu, menurut Thomas beliau berharap rayuan dapat didengar secepat mungkin untuk membuka jalan supaya perbicaraan dapat dimulakan.
Panel hakim kemudiannya membenarkan penangguhan dan menetapkan Jumaat 8:30 pagi untuk perbicaraan rayuan kali keempat dan terakhir.
Najib berdepan tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram yang melibatkan dana RM42 juta daripada SRC, sebuah syarikat milik kerajaan yang dikaitkan dengan 1MDB.
Beliau, bersama anaknya, Norashman Najib, hadir di mahkamah hari ini.
Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/467573?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR1LKt-I5uCoNuSH__JSeeIW4kBaZF-n9IG7UxnhSvswnIGU5Qf0GdSqIvE