Isu bayaran RM 1.4 juta, sifirnya mudah...


Adakah Hj Hadi membayar RM1.4 juta kepada Clare Rewcastle-Brown? Sebenarnya mudah sahaja utk mendapatkan jawapan.

Semasa saman Hj Hadi terhadap Clare diselesaikan, kita diberitahu ada perjanjian rahsia antara kedua2 pihak. Kewujudan perjanjian ini direkodkan dalam Penghakiman Persetujuan.

PENDEDAHAN CLARE

Semalam Clare mendedahkan bahawa salah satu syarat perjanjian rahsia itu ialah bahawa Hj Hadi hendaklah membayar £260K, iaitu RM 1.4 juta, kepada Clare. Clare telah menunjukkan cek dan sebagainya sebagai bukti.

Clare memberi alasan bahawa oleh kerana Pas menafikan ada membayar duit, maknanya telah memberi maklumat palsu ttg perjanjian rahsia itu, maka dia berhak memberitahu kandungan perjanjian rahsia itu.

RESPON PAS

Pas pada mulanya mempertikaikan cek itu kerana nombor akaun Bank Islam yg dinyatakan itu tidak wujud. Apabila Rafizi membongkarkan nama pemilik akaun, ahli2 Pas pula menekankan bahawa cek itu tidak membuktikan bahawa duit itu daripada Pas atau Haji Hadi.
Maka saya sebenarnya ternanti2 respon Hj Hadi. Malangnya respon dia amat mengecewakan. Langsung tak jawab dakwaan Clare ttp sebaliknya menyeru ahli bermunajat dsbnya kerana Pas diserang dari berbagai sudut.

JAWAPAN MUDAH

Adakakah Hj Hadi membayar RM1.4 juta kpd Clare? Sebenarnya persoalan ini boleh diselesaikan dengan mudah.

Clare mendakwa bahawa bayaran itu tertera dalam perjanjian rahsia itu. Maka Pas tak perlulah, bak kata orang putih, beat around the bush. Hj Hadi hanya perlu MENUNJUKKAN PERJANJIAN RAHSIA itu, dan akan selesai kemelut ini.

Sekiranya syarat bayaran itu memang tertera dalam perjanjian itu, maka tidak kira lah cek itu milik siapa, bayaran itu memang bagi pihak Hj Hadi.

Sekiranya syarat bayaran tiada dalam perjanjian, maka Clare adalah pembohong besar.

Ada yg mungkin bertanya bahawa perjanjian itu adalah rahsia, mana boleh tunjuk? Boleh, sebab Clare telah memecahkan kerahsiaan dan Hj Hadi berhak menunjukkannya.