Blogger Raja Petra Kamarudin (RPK) kantoi menipu


Blogger kontroversi yang kini berada di London, Raja Petra Kamaruddin telah menarik balik artikelnya berjudul "Jack Ma slash Pakatan Harapan" selepas menerima notis amaran rasmi daripada Alibaba Group Holding Ltd yang berpangkalan di China semalam.

Surat yang ditandatangani oleh Albert Liu, timbalan naib presiden kumpulan, menuduh Raja Petra berbohong dan merosakkan reputasi pengerusi, Jack Ma berhubung pertemuan baru-baru ini antara Jack Ma dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan pegawai khasnya Tony Pua di Hong Kong.

Beliau kemudian mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Raja Petra jika dia tidak memberi respons kepada mereka pada 1 April, menyebabkan tindak balas segera Raja Petra. "Saya telah mengeluarkan artikel itu dan berjanji tidak akan mengulangi cerita itu," penulis blog kontroversi itu menulis.

Dalam artikel tersebut Raja Petra mendakwa jutawan Cina Jack Ma memberitahu Lim dan Pua bahawa China tidak lagi mempercayai Malaysia kerana kerajaan dikatakan tidak menghormati perjanjian.

Tulisan bogger Raja Petra antara rujukan utama parti-parti pembangkang di Malaysia dalam membuat tuduhan terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan sekarang.