Takiri yang asaskan group lawan jebon, dakwa ustaz muda PAS


Dalam satu posting yang mengejutkan selepas penarikan balik saman terhadap Sarawak Report, Ustaz Zuzalee Arifin, ulama muda dalam PAS yang menggunakan nama Facebook Abu Ulwan tampil mendedahkan mereka yang bertanggungjawab membentuk pasukan untuk menyingkirkan jebon dalam PAS suatu masa dahulu.

Empat nama didakwa bertanggungjawab mengasaskan gerakan menyingkirkan jebon dalam PAS menjelang pemilihan PAS 2015 sehingga menyaksikan 18 ajk PAS Pusat tersingkir dalam pemilihan dan parti PAS mengalami perpecahan sehingga tertubuhnya parti serpihan yang baharu iaitu Parti Amanah Negara.

Empat nama tersebut adalah Ustaz Dr Khairuddin Takiri, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ustaz Nik Abduh dan Nurul Islam.

Posting-posting facebook yang kembali hangat selepas pengumuman penarikan balik saman terhadap Sarawak report ternyata memfokus kepada isu audio Nik Abduh yang pernah kecoh menjelang PRU 14 yang lepas. Dikatakan 40 orang saksi berada dalam majlis tersebut yang belaku di Puchong Selangor sekitar Oktober 2016.