Mengenang perjuangan Almarhun TGNA : Pemimpin DAP karang rangkap pantun



Timbalan Menteri Belia dan sukan, Steven Sim daripada DAP menulis beberapa rangkap pantun mengenang kisah-kisah indah berjuang bersama dengan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tokoh ulama yang dihormati oleh semua ini terbukti berjaya membina hubungan yang baik dengan pemimpin DAP selama ini sehingga berjaya mengukuhkan Pakatan Rakyat pada masa itu.

Semalam 12 Februari adalah tarikh Almarhum pergi buat selama-lamanya pada 2015.






Berikut 4 pantun yang beliau nukilkan di laman twitter beliau :

PANTUN 1

Sosok kecil, jiwa gergasi
Alimnya besar, akhlak terpuji
Hilangnya kini tiada berganti
Guru bangsa, sang Murabbi.

PANTUN 2

Terkenang pada satu ketika,
Tok Guru dan Karpal seloroh senda,
Menunjuk logo pada bajunya,
"Karpal Singh, bule ada di dada".

PANTUN 3

Terkenang ziarah ke Pulau Melaka,
Demi seimbas pandang wajahnya,
Mohon bergambar, ini jawabnya:
"Tangkap gambar boleh, jangan tangkap saya."

PANTUN 4

Terkenang hadirnya suatu ketika,
Tongkat nurani bangsa negara,
Kalaulah Tok Guru masih ada,
Perjuangan ini hadiah untuknya.





子曰:“君子喻于义,小人喻于利。”
Pendeta (Konfucius) berkata: Orang yang mulia mementingkan kebenaran, orang yang keji mementingkan keuntungan.

Semoga tauladan ini diangkat oleh kita yang datang kemudian daripadanya.