Kerajaan serah RM 50 juta untuk pembangunan Pusat Tahfiz berdaftar



Hari ini berlangsung Majlis Penyerahan Cek berjumlah RM50juta bagi Sekolah-sekolah Tahfiz berdaftar.

Peruntukan tersebut adalah bagi tujuan pembangunan (naik taraf infrastruktur, peralatan dan lain-lain) bagi sekolah-sekolah Tahfiz yang berdaftar.

Kerajaan juga telah berbesar hati menambah peruntukan dari RM1.1 billion kepada RM1.2 billion bagi Pembangunan Hal Ehwal Agama Islam.

Setakat hari ini terdapat sebanyak 815 buah Tahfiz berdaftar manakala sebanyak lebih kurang 400 tahfiz lagi dikenal-pasti belum didaftarkan.





Bagi Tahfiz-tahfiz yang belum didaftarkan, Kerajaan sentiasa membuka peluang dan berbesar hati menerima pendaftaran mereka.

Untuk tujuan itu, Kerajaan telah menyediakan Bajet Tambahan sebanyak RM11.8 juta sebagai persediaan awal bagi tahfiz-tahfiz yang dijangka akan didaftarkan tahun ini.

Kerajaan juga telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Tahfiz bagi Tahfiz-tahfiz berdaftar untuk menyeragamkan pembelajaran di Sekolah-sekolah Tahfiz.