Husam sudah hubungi pegawai SPRM dan memang beliau belum dipanggil lagi untuk beri keterangan



Beberapa laporan media yang tidak tepat telah mendakwa Husam Musa dipanggil oleh SPRM namun tidak hadir.

Husam bagaimanapun tidak mendapat makluman tentang perlu hadir memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan RM90 Juta PAS tersebut. Beliau telah menghubungi pegawai SPRM untuk mendapatkan pengesahan, terbukti nama beliau belum lagi dipanggil untuk memberi keterangan.

Husam memaklumkan beliau akan hadir jika dipanggil sebagai amal bakti kepada negara.