Audio Nik Abduh hanya perbincangan akademik, kata Presiden PAS


Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyifatkan rakaman suara kontroversi anggota parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebagai “perbincangan akademik”.

“Saya tak ada rakaman itu tapi saya dimaklumkan ia lebih kepada perbincangan ilmu, akademik, boleh (atau) tak boleh kira terima bantuan orang ini.

“(Contohnya) macam orang berniaga kedai runcit, bila orang datang kedai dia, tak wajib dia tanya duit mana awak ambil ini nak beli barang saya,” kata Abdul Hadi.





Beliau berkata demikian dalam sidang media di Majlis Ramah Mesra bersama komunti PAKR Sungai Kerak, Marang, malam tadi, selepas ditanya pemberita.

Semalam Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengesahkan rakaman audio berkaitan dakwaan dana daripada Umno merupakan suara Nik Mohamad Abduh.

Isu rakaman suara itu kembali timbul selepas Abdul Hadi menyelesaikan di luar mahkamah samannya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brow 2 Februari lalu.





Menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Nik Abduh berkata rakaman audio itu bukan suaranya.

Mengulas lanjut, Hadi berkata kenyataan itu dibuat sendiri oleh Nik Abduh, dan bukan dirinya.

“Nik Abduh sendiri (yang cakap), bukan saya, terpulang pada Nik Abduhlah. Mungkin orang lain menafikan, tapi Nik Abduh tahulah dia cakap.

“Saya dimaklumkan (rakaman) itu tak terkait RM90 juta, apa lagi tuduhan itu PAS terima 90 juta daripada Umno, daripada 1MDB,” katanya.