Saya tidak sanggup untuk mengundi BN - Ahli PAS


Langkah PAS yang menunjukkan kemesraan dengan BN ternyata menimbulkan keraguan pada ahli-ahli bawahannya sendiri. Ramai yang melahirkan kebimbangan langkah yang diambil oleh pimpinan PAS ini kerana selama ini digambarkan PAS mampu bersendirian dan tidak akan bekerjasama dengan UMNO BN.

Kisah kerjasama pemimpin PAS dengan UMNO ini mula kedengaran beberapa tahun yang lalu sehingga membawa krisis perpecahan dalam PAS yang amat serius pada 2015 lantas berlaku penubuhan Parti Amanah Negara. Pemimpin Parti serpihan PAS itu terus mengekalkan corak lama PAS yang bersama dengan DAP dan PKR manakala PAS mengambil pendekatan bersendirian tetapi kelihatan amat mesra dengan pemimpin UMNO.

Bekas Ketua Cawangan PAS di Pahang, Ustaz Isa (dalam gambar) menzahirkan penentangan terhadap halatuju PAS mutakhir ini, tambahan pula bila pemimpin tertinggi mula menyeru ahlinya untuk memberikan undi kepada Barisan Nasional. Bagi mereka ini adalah satu pengkhianatan kepada perjuangan yang dibawa semenjak dahulu dalam PAS. Ustaz Isa menyerahkan borang menyertai Parti Amanah Negara.