Awas laman web palsu - MAS


Malaysia Airlines menasihatkan pelanggannya supaya berhati-hati dengan catatan media sosial dan laman web palsu yang kelihatan serupa dengan laman web rasminya, malaysiaairlines.com.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan negara itu berkata laman web palsu tersebut cuba mempengaruhi pelanggan dengan menawarkan tiket penerbangan percuma sebagai hadiah, sebelum meminta data peribadi mereka.

“Malaysia Airlines menasihatkan pelanggan supaya berhati-hati apabila mendedahkan data peribadi kepada sumber yang tidak disahkan. Laman web, emel dan panggilan itu perlu ditentusahkan menerusi laman media sosial rasmi MAS, jika terdapat keraguan,” katanya.