20 tahun kahwin, wanita baru tahu 3 tahun dimadukan suami, keluarga mertua pun bersubahat

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Tak semua wanita yang bergelar isteri sanggup dimadukan atau hidup dalam keadaan poligami.

Terutama jika suami membuat keputusan sendiri untuk berkahwin lain tanpa persetujuan bersama.

Inilah situasi yang dialami oleh seorang wanita yang baru mengetahui suaminya sudah berkahwin lagi sejak tiga tahun lalu.

Dalam posting di grup Keluarga Bahagia Selamanya, dia meluahkan rasa kecewa apabila perkahwinan tersebut turut disembunyikan oleh keluarga mentuanya.

“Usia perkahwinan saya sudah 19 tahun. Saya baru tahu suami telah berkahwin lain tiga tahun lepas.

20 tahun kahwin, wanita baru tahu 3 tahun dimadukan suami, keluarga mertua pun bersubahat

Ini pun kerana Allah gerakkan hati saya untuk menunjukkan semua penipuan suami bersama keluarganya.

“Hubungan saya dengan keluarga suami memang baik dan tidak ada masalah. Malahan, jika mereka datang ke rumah, saya selalu masak macam-macam,” katanya.

Lebih memilukan, suaminya dikatakan sudah bertunang selama satu tahun sebelum berkahwin dengan wanita tersebut. Keluarga suaminya juga menyambut baik kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Walaupun dia menyedari perubahan sikap suaminya sebelum ini, dia tetap cuba untuk bersangka baik.

“Pertunangan dan perkahwinan suami, keluarganya raikan bersama-sama. Hati saya benar-benar hiba ditipu hidup-hidup.

“Saya mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Layanan kami juga semakin kurang,” tambahnya.

Memandangkan suaminya tidak lagi mampu berlaku adil selepas mempunyai dua isteri, wanita ini berhasrat untuk bercerai. Namun, dia bimbang mengenai nasib dirinya dan anak-anak kelak.

“Sekarang saya dalam dilema sama ada hendak bercerai atau teruskan perkahwinan ini. Suami tidak adil dan tidak mampu, dengan hutang di sana sini.

“Layanan terhadap keluarga juga semakin kurang. Jika bercerai, apa hak saya dan anak-anak kerana saya hanya suri rumah,” ujarnya.

Hantaran tersebut menerima pelbagai pendapat netizen selepas dikongsikan di Facebook. Rata-rata bersetuju jika wanita ini memilih untuk berpisah memandangkan suaminya tidak lagi mampu menyara keluarga.

BACA: Keluarga terkejut, tiba-tiba mayat buat video call ketika upacara pengebumian, rupanya ini yang terjadi