Rakyat

20 mahasiswa universiti dihukum mati

Bangladesh hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas 20 penuntut universiti kerana pembunuhan kejam pada 2019 yang membabitkan pemuda mengkritik kerajaan di media sosial.

Mayat Abrar Fahad, 21, ditemui di asrama universitinya beberapa jam selepas dia menulis hantaran di Facebook yang menyelar Perdana Menteri Sheikh Hasina kerana menandatangani perjanjian perkongsian air dengan India.

Mangsa dipukul dengan kayu pemukul kriket dan objek tumpul lain selama enam jam oleh 25 penuntut yang juga ahli Liga Awami, sayap pelajar bagi Liga Chhatra Bangladesh (BCL).

20 mahasiswa universiti dihukum mati

Abrar Fahad. FOTO Agensi.

“Saya gembira dengan keputusan ini. Saya harap hukuman dapat dijalankan segera,” kata bapa Fahad, Barkat Ullah yang ditemui di luar mahkamah.

Pendakwa raya Abdullah Abu berkata, baki lima lagi tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Semua tertuduh yang dihukum mati berusia antara 20 hingga 22 tahun dan mengikuti pengajian di universiti elit, Universiti Teknologi dan Kejuruteraan Bangladesh bersama Fahad.

Peguam mewakili tertuduh dilapor akan mengemukakan rayuan.

BACA JUGA : Najib masih boleh kembali jadi PM, kata Tun M
Najib luah rasa kecewa…
Terkini !!! Najib didapati bersalah, hukuman penjara 12 tahun kekal

CATEGORIES