2 titik merah dan kuning pada tayar baru, apa sebenarnya fungsi?

Tetapi pernah tak anda perasan dot warna kuning dan merah pada tayar baru? Apakah fungsinya? Adakah ia di situ sahaja-sahaja? Dikenali sebagai dot pengimbang, syarikat pengeluar menandakan kedua-dua dot ini untuk memudahkan pemasangan tayar pada rim kereta anda.
Dot kuning
Dot yang berwarna kuning menandakan titik yang paling ringan pada tayar baru anda. Valve stem (soket mengisi angin) pula ialah titik yang paling berat pada rim kereta anda. Apabila dot kuning dan valve stem dipasang selari, kerja balancing menjadi lebih mudah kerana pemberat tidak perlu digunakan sangat.
Dengan pemberat yang sedikit, pemanduan boleh menjadi lebih senyap dan selesa. Malah tayar juga boleh tahan lebih lama.
Dot merah
Dot yang berwarna merah pula menandakan titik yang paling berat pada tayar baru anda. Ia dipasang selari dengan titik yang paling ringan pada rim kereta anda. Kebiasaannya, titik ini dilabel oleh sejenis penanda yang terbonjol. Jika penanda tiada, dot merah boleh diselarikan dengan valve stem.
Konklusi
Untuk anda yang belum tahu, roda yang tidak seimbang boleh mengakibatkan gegaran pada pemanduan kereta tersebut. Tetapi menghasilkan tayar yang betul-betul seimbang dan bulat adalah sesuatu yang mustahil buat syarikat pengeluar. Maka itu, terjadilah berat yang berlainan pada bahagian getah.
Disebabkan ini jugalah adanya mesin pengimbang di kedai tayar yang sering kita kenali sebagai “balancing”. Tetapi sebelum melakukannya, adalah lebih mudah untuk berat tayar dan rim diseimbangkan terlebih dahulu supaya kerja balancing menjadi lebih senang.