164 pertuduhan ke atas Ketua Umno Bayan Baru, 3 November sebutan semula kes

164 pertuduhan ke atas Ketua Umno Bayan Baru, 3 November sebutan semula kes. Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini menetapkan 3 November depan sebagai tarikh sebutan semula bagi 164 pertuduhan kes pengubahan wang haram berjumlah RM20.22 juta membabitkan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Ir. Mansor Musa.

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid menetapkan tarikh berkenaan bagi pengurusan kes selepas menerima permohonan daripada pihak pendakwaan untuk kesemua pertuduhan itu dibicarakan secara bersama.

164

BACA JUGA : Kebenaran untuk rakyat ini tunai umrah masih belum dimuktamadkan – Menteri Agama

Sebutan semula kes pada hari ini dibuat secara bersama apabila Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Butterworth dengan alasan ia membabitkan dokumen dan saksi sama.

Semasa prosiding, peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili tertuduh memohon agar ikat jamin yang dikenakan di Mahkamah Kuala Lumpur dilepaskan dengan alasan kes itu dibicarakan secara bersama.

BACA JUGA : Kes harian kematian akibat Covid-19 masih tinggi, semalam catat 258 kes

Pihak pendakwaan tidak membantah dengan permohonan itu.

Hakim Ahmad Zahari membenarkan permohonan tersebut sambil mengekalkan jaminan yang dibuat di Mahkamah Sesyen Butterworth beserta syarat-syarat lain yang turut dikekalkan.

BACA JUGA : Guna perkataan ‘bodoh’ waktu bahas Titah Yang di-Pertuan Agong, Bung mohon maaf

Pada 12 Julai lalu, Mansor, 58, telah didakwa dengan 106 pertuduhan membabitkan nilai RM11 juta di Mahkamah Sesyen Butterworth.

Manakala pada 15 Julai lalu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung itu menghadapi 58 lagi pertuduhan membabitkan nilai RM9.22 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

BACA JUGA : Panas !!! Najib gesa RMK-12 yang diumum PM perlu disemak semula

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Beliau turut didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda hingga lima kali hasil daripada kegiatan haram itu atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

BACA JUGA : Panas !!! Tular peraturan baru bas sekolah kena cat bumper warna biru, ini penjelasan Menteri

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan antara Disember 2008 hingga Ogos tahun lalu.

Mansor yang juga bekas pengerusi sebuah koperasi hartanah itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan.

BACA JUGA : Lelaki terpaksa potong jari tangan kerana jadi hitam dan ‘mati’. ini puncanya…

Dia dibenarkan diikat jamin RM500,000 di Mahkamah Sesyen Butterworth dan RM200,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Pendakwaan diketuai Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Faridz Gohim Abdullah bersama Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Law Chin Ho.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/3-november-sebutan-semula-164-pertuduhan-ke-atas-ketua-umno-bayan-baru-322295

COMMENTS

Wordpress (0)