160 ribu golongan tak divaksin tunjuk perasaan, bantah sekatan

160 ribu golongan tak divaksin tunjuk perasaan, bantah sekatan. Lebih 100,000 orang menyertai tunjuk perasaan besar-besaran di Australia, Perancis, Itali dan Greece, semalam, bagi membantah pelaksanaan langkah mengekang penularan COVID-19.

Dalam insiden yang turut mencetuskan pertempuran dengan polis itu, penunjuk perasaan juga melaungkan bantahan terhadap sekatan dikenakan kerajaan ke atas golongan tidak divaksin yang bertujuan mendorong lebih ramai mendapatkan suntikan imunisasi berkenaan.

160

Demonstrasi itu menyerlahkan konflik dihadapi penduduk global yang tersepit antara nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan agensi kesihatan awam lain dalam usaha memerangi COVID-19, dengan keperluan sara hidup – atau untuk kembali kepada kehidupan seperti sebelum pandemik.

Puluhan penunjuk perasaan ditahan di Sydney, dengan Menteri Polis di bandar itu menyifatkan peserta demonstrasi terbabit sebagai ‘bodoh’.

160

Penunjuk perasaan berkumpul di Rom, Itali, semalam.

Sebaliknya, penganjur menggelar bantahan itu sebagai tunjuk perasaan ‘kebebasan’ yang menyaksikan peserta membawa sepanduk, antara lain tertera ‘Bangun Australia’.

Di Perancis pula, polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air terhadap sebilangan penunjuk perasaan.

160

Dianggarkan kira-kira 160,000 orang turun ke jalanan seluruh Perancis untuk membantah tindakan Presiden Emmanuel Macron berhubung pas kesihatan yang bakal mengekang golongan tidak divaksin daripada mengakses restoran dan tempat awam.

Dalam pada itu, kira-kira 5,000 penduduk mengadakan tunjuk perasaan di Athens, menurut wartawan AFP di lokasi kejadian.

Seterusnya di Itali, penunjuk perasaan berkumpul di Rom bagi membantah penguatkuasaan mandatori ‘pas hijau’ untuk hiburan dan makan di dalam premis.

Terdahulu di Sydney, penunjuk perasaan melemparkan pelbagai objek ke arah pihak berkuasa kerana berang dengan arahan duduk di rumah selama sebulan, sehari selepas pihak berkuasa menyarankan sekatan itu boleh dilanjutkan hingga Oktober depan.

Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian, membidas tindakan penunjuk perasaan itu sebagai ‘perbuatan mementingkan diri yang menjejaskan keselamatan semua orang.’

Polis memaklumkan, hampir 100 denda dikeluarkan dan 57 orang ditahan susulan kejadian itu.

Di Melbourne pula, polis menahan enam orang.

Menteri Polis New South Wales, David Elliott, berkata sepasukan penyiasat akan meneliti rakaman untuk mengenal pasti dan mendakwa seramai mungkin penunjuk perasaan terbabit.

“Sydney tidak kebal daripada orang bodoh,” katanya.

Sydney dengan kepadatan lima juta penduduk, sedang bergelut untuk mengekang ancaman varian Delta yang menular dengan pantas di seluruh dunia.

Ketika ini, kira-kira separuh daripada keseluruhan 25 juta penduduk Australia menjalani perintah berkurung yang berkuat kuasa di beberapa bandar.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/07/842934/tunjuk-perasaan-besar-besaran-bantah-sekatan-covid-19

BACA JUGA : Annuar Musa dilaporkan negatif Covid-19

COMMENTS

Wordpress (0)