1517 pelajar di Malaysia jadi anak yatim kerana Covid-19

1517 pelajar di Malaysia jadi anak yatim kerana Covid-19. Fakta menyedihkan apabila seramai 1,517 pelajar di seluruh negara disahkan menjadi anak yatim atau yatim piatu akibat kematian salah seorang ibu bapa atau kedua-duanya sekali akibat virus Covid-19.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, angka direkodkan antara Mac tahun lalu sehingga Ogos itu disifatkan amat mendukacitakan dan perlu diambil langkah pembelaan sewajarnya.

“Walaupun angka ini dianggap kecil berbanding lima juta pelajar di seluruh negara ketika ini namun isu kebajikan semua anak-anak mangsa Covid-19 ini tetap diambil perhatian serius.

pelajar

BACA JUGA : Pemimpin Pas tepis idea ajak pembangkang masuk kerajaan

“KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pihak pengurusan sekolah sentiasa peka terhadap nasib pelajar yang kehilangan ibu bapa ini,” katanya.

Menurutnya, KPM turut menubuhkan pasukan khas iaitu Kebajikan Murid Guru di peringkat kementerian bagi memastikan tindakan dan bantuan segera disalurkan kepada golongan terbabit.

“Pelbagai bantuan akan disalurkan dengan segera antaranya bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan bantuan bekalan makanan di bawah Rancangan Makanan Tambahan bagi mereka yang layak serta penempatan pelajar ke asrama di bawah kelolaan KPM,” katanya.

BACA JUGA : Masjid di Kelantan hanya akan dibuka selepas capai imuniti kelompok

Sebelum ini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun memaklumkan seramai 33 kanak-kanak di seluruh negara dikenal pasti KPWKM menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat Covid-19.

Beliau berkata, maklumat mengenai kanak-kanak itu diperoleh dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, berikutan itu pihaknya akan memastikan kebajikan kanak-kanak itu terjaga dengan memberi perlindungan kepada mereka bagi memastikan masa depan mereka terjamin.

BACA JUGA : Panas !!! Guru tak lengkap vaksin dilarang mengajar di sekolah?

Menurutnya, kementerian mengambil inisiatif membuka penempatan kepada kanak-kanak yang memerlukan perlindungan akibat Covid-19 di tujuh institusi mengikut zon seluruh negara.

Institusi itu adalah di Rumah Kanak-Kanak (RKK) Pokok Sena, Taman Sinar Puteri (TSP) Batu Gajah, Melaka, TSP Cheras, Rumah Budak Lelaki (RBL) Melaka, RKK Mini Kelantan, TSP Kota Kinabalu dan TSP Kuching sebagai penempatan kanak-kanak sama ada secara sementara atau tetap.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/08/746263/1517-hilang-kasih-sayang

Artikel ini disiarkan pada 24/08/2021

COMMENTS