14 pelacur ‘kayangan’ licik mengelak dicekup akhirnya tewas

Hanya melayan pelanggan tetap yang dikenali. Itu modus operandi digunakan sekumpulan 14 pelacur warga asing bagi mengelakkan dicekup pihak berkuasa.

Malah mereka juga dikatakan menetapkan waktu ‘perkhidmatan’ mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila tidak ‘melayan’ pelanggan selepas jam 8 malam.

Bagaimanapun kegiatan tidak bermoral itu dibongkar polis selepas kesemua mereka dicekup dalam tiga serbuan berasingan di Jalan Limbongan, Klebang Kechil dan Taman Melaka Raya di sini, antara jam 5 hingga 7 petang, Khamis lalu.

DIKERAT-KERAT BADANNYA, DISUMBAT DALAM BEG BAJU – JohorKini 14

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, kesemua 12 wanita itu ditahan melalui operasi Ops Noda dijalankan Unit Pencegahan Maksiat Bahagian (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Melaka dan Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.

Beliau berkata, kesemua 12 wanita terbabit masing-masing 12 warga Vietnam dan dua Thailand berusia antara 21 hingga 37 tahun.

“Mereka dipercayai aktif menjalankan aktiviti pelacuran dalam tempoh dua minggu hingga sebulan dengan mengiklankan perkhidmatan melalui aplikasi WeChat dan WhatsApp.

“Melalui risikan dijalankan, mereka akan meneliti terlebih dahulu gambar pelanggan diberikan oleh ejen sebelum bersetuju untuk melayan lelaki terbabit di lokasi ditetapkan.

“Dalam sehari, mereka dikatakan mampu melayan sehingga empat pelanggan dengan kadar bayaran antara RM150 hingga RM260 yang dibayar terus kepada mereka,” katanya tadi.

Menurut beliau, wanita itu dikatakan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial sebelum terkandas susulan pelaksanaan PKP dan mereka sebelum ini turut bekerja sebagai pelacur.

“Selain 14 wanita ini, polis turut menahan dua lelaki tempatan dipercayai penjaga premis berusia 40-an. Mereka ini akan diberikan komisen 10 peratus daripada caj kadar bayaran pelacur terbabit.

“Malah lima lelaki yang juga pelanggan berusia antara 27 hingga 30 tahun turut ditahan dalam operasi itu,” katanya.

Beliau berkata 14 pelacur dan dua penjaga premis berkenaan direman selama empat hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372A/372B Kanun Keseksaan kerana membabitkan diri dalam aktiviti persundalan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, sebatan dan denda.

Katanya, kes berkenaan juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal melebihi tempoh masa yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak kurang RM10,000 atau kedua-duanya.

Menurutnya, lima pelanggan yang ditahan ketika serbuan juga dikenakan tindakan di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB 2021) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah Fasa Satu PPN.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/743140/14-pelacur-kayangan-tumpas-akhirnya

BACA JUGA : Gempar !!! Blogger Umno jangka 9 ke 12 MP PN bakal melompat

COMMENTS

Wordpress (0)