101 bungkus ganja bernilai RM260,000 ditinggal tepi jalan macam lembu tanpa tuan rupanya ini sebenarnya yang terjadi

101 bungkus ganja bernilai RM260,000 ditinggal tepi jalan macam lembu tanpa tuan rupanya ini sebenarnya yang terjadi.

Pasukan penguat kuasa trafik menjalankan tugas ‘Snapcheck’ menemukan dadah jenis ganja seberat 102.83 kilogram

Dianggarkan bernilai lebih RM257,000 yang ditinggalkan di tepi jalan di kawasan Kampung Bukit Jong menghala ke Tol Plaza Gemuruh, di sini, Ahad Lalu.

101 bungkus ganja bernilai RM260,000 ditinggal tepi jalan macam lembu tanpa tuan rupanya ini sebenarnya yang terjadi

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa, berkata empat anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu yang menjalankan ‘Snapcheck’ bermula 2.30 pagi hingga 4 pagi menemui dadah berkenaan.

“Semasa membuat rondaan di susur masuk menghala ke Plaza Tol Gemuruh dari arah Kuala Terengganu menuju Ke Kuantan, anggota tersebut telah menemui lima bungkusan plastik hitam dalam keadaan mencurigakan di atas tanah di tepi penghadang jalan.

“Hasil pemeriksaan mendapati setiap satu plastik hitam mengandungi 101 bungkus ketulan mampat tumbuhan kering yang disyaki dadah jenis ganja,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Rohaimi berkata beliau percaya dadah berkenaan ditinggalkan oleh suspek di tepi jalan sementara menunggu ‘snapcheck’ oleh polis trafik yang bertugas di kawasan berkenaan menamatkan tugas.

BACA:

“Ini rumah Allah, aku datang nak solat kot..Apsal aku tak boleh masuk?!” Pemuda ini dedah kisah kena fitnah dengan bilal surau

Adoi! Raya 22hb, tapi gaji lepas raya? Macam mana ni! Ini yang perlu anda lakukan untuk ‘survive’ sampai hari gaji