10 tahun menanti cahayamata, isteri sebak bila mengandung suami pula meninggal

10 tahun menanti cahayamata, isteri sebak bila mengandung suami pula meninggal. Pemergian suami tercinta yang meninggal dunia pada 5 Januari yang lalu memberi tamparan hebat kepada seorang wanita yang kini berseorangan sambil menantikan kelahiran zuriat pertama mereka.

Seorang pengguna Tiktok, Laila Aqila, berkongsi cerita mengenai kisah hidupnya di media sosial yang terpaksa bersendirian setelah kehilangan peneman hidup buat selama-lamanya.

10 tahun menanti cahayamata, isteri sebak bila mengandung suami pula meninggal

“Papa (suami) pergi buat selamanya, tinggalkan mama (Laila) bersama zuriat yang bakal lahir bulan tiga nanti.

“Ini merupakan penantian kita selama 10 tahun,” katanya.

Lebih menyedihkan, apabila arwah suaminya, Mohd Ikram Bakri sangat teruja setelah mengetahui jantina pertama mereka seorang lelaki ketika mendapatkan pemeriksaan kandungan dan mal4ngnya, anak yang bakal dilahirkan itu tidak dapat bertemu bapanya.

“Papa seronok sangat apabila tahu jantina anak seorang lelaki, tapi papa tak dapat jumpa anak kita nanti,” ujarnya.

Video:

@laila_aqila86 Sedih sbb perlu hidup sendiri dgn anak dlm kandungan 😭😭#ilovemyhusband4ever #ttc10years #fyp #ttcbaby1 ♬ original sound – Noktahcinta10

Katanya, hidupnya kini sunyi dan sangat terkesan dengan apa yang berlaku dan merasa sed1h disebabkan perlu meneruskan hidup tanpa suami dengan anak yang masih di dalam kandungan.

Sementara itu, rata-rata orang ramai turut bersimpati dengan wanita itu dan mendoakan agar dia kuat membesarkan anak-anaknya.

Dalam pada itu, ada juga pengguna yang pernah mengalami situasi yang sama disebabkan kem4tian suami dan mereka turut memberi kata-kata semangat kepada wanita itu di ruangan komen.

Komen netizen :

10 tahun menanti cahayamata, isteri sebak bila mengandung suami pula meninggal

10 tahun menanti cahayamata, isteri sebak bila mengandung suami pula meninggal

BACA JUGA : Ahli dan pemimpin Pas digesa sentiasa pegang Amanat Hj Hadi – Takiyuddin

Artikel ini disiarkan pada 10/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)