10 kes Omicron di Kedah

Johor

10 kes Omicron di Kedah.Sebanyak 10 kes varian Omicron dikesan di negeri ini sehingga semalam membabitkan enam individu yang baru pulang dari Arab Saudi selepas mengerjakan umrah.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo berkata, empat lagi kes adalah jangkitan tempatan terdiri daripada ahli keluarga jemaah berkenaan.

“Kesemua mereka berusia antara 13 hingga 59 tahun hanya bergejala ringan iaitu kategori satu dan dua sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai pusat rawatan bagi varian berkenaan, Dr Othman berkata, kes bagi varian Omicron dirujuk di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, kesemua individu yang dijangkiti Covid-19 varian Omicron berada bergejala ringan dan sudah mengambil vaksin dos penggalak.

“Mereka semua sudah ambil dos ketiga sebelum berlepas ke Arab Saudi jadi gejala mereka tidak teruk, ada yang dikuarantin di rumah sekiranya hasil pemeriksaan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mendapati rumah mereka mempunyai bilik yang mencukupi untuk melakukan pengasingan.

“Jika tidak, mereka perlu dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), sekiranya ada gejala teruk mereka akan dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Menurutnya, varian Omicron lebih mudah tersebar atau dijangkiti dan ia memerlukan jemaah serta orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi ini ada yang tidak ikut SOP apabila diminta untuk kuarantin dahulu di rumah, mereka pergi berjalan dan ada pula rakan dan saudara mara yang datang ziarah.

“Sebab itulah sekarang mereka perlu pakai peranti pengesanan digital supaya KKM dapat kesan apabila mereka keluar rumah, selalunya mereka akan diminta untuk untuk menjalani kuarantin selama 10 atau tujuh hari sahaja,” katanya.

BACA:

Dr Mahathir dedah kisah pencuri Melayu Islam
Isu saham : Azam Baki dilapor bakal heret pemilik Twitter ‘Edisi Siasat’ ke muka pengadilan
Ingatkan acar rupanya lintah dalam burger restoran popular ini

Artikel ini disiarkan pada 06/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)